Pembaharuan Gwangmu

Pembaharuan Gwangmu (Bahasa Korea 광무 개혁, Hanja : 光武 改革, Gwangmu Gaehyeok; Jawi: ‏ڤمبهارون ڬواڠمو‎) ialah rangkaian peristiwa yang bertujuan memodenkan dan membaratkan Empayar Korea sebagai permulaan awal dalam revolusi industri. Pembaharuan yang berlaku semasa Era Gwangmu dari tahun 1897 hingga 1907 menunjukkan, dalam jangka panjang, potensi Korea untuk memulai dan meneruskan pemodenan, walaupun dalam menghadapi kesulitan. Perkembangan semacam ini, bagaimanapun, tidak dapat dilihat sehingga era Chang Myon pada tahun 1960-an dan 70-an. Pembaharuan Gwangmu oleh Maharaja Gojong kemudiannya menjadi latar belakang pembangunan Korea pada masa depan dengan membina infrastruktur, memperbaharui ekonomi dan mewujudkan inti birokrasi dan ketenteraan moden.